sEkali Lagi Di siNI

•Mei 4, 2008 • Tinggalkan Komen

Bismillahirrahmanirrahim…

Bertemu kembali setelah lama menyepi….huh..katanya nak wat sampai ketagih…hahah…tu la ….sibuk kot…atau sekadar alasan….sebab tu la aku x leh nak jadi penulis…x de idea sebenarnya..tapi semua tu boleh digarap….kan!!! semuanya bergantung atas kita…NAK KE TAK NAK…( promosi buku DR. TUAH ) :-) ) boleh kongsi royalti nih… hehe..

Dah masuk bulan 5….cepat betul masa berlalu.. banyak perkara penting yang berlaku dalam bulan2 sebelum ni…bulan mac yang lepas berlangsung lah majlis perkahwinan afka (adik aku )dengan penuh gilang gemilang dengan kehadiran saudara mara….erm….seronok sesekali ada majlis perkahwinan…boleh berjumpa dengan saudara mara yang dah lama x jumpa …kira macam menghubungkan balik ikatan persaudaraan..yelah…kalau x de majlis kenduri kendara nih..susah sikit la nak jumpa maklumlah masing-masing ada komitmen yang perlu dilunaskan..

ni sumer pic masa kawin afka ari tu…

N pada afka..pesanan buat dirimu…jadilah isteri solehah…jangan malas 2 lagi :-P pikul tanggungjawab sebagai isteri sebaik2nya…Semoga sentiasa berada di bawah rahmat dan redha Allah…

Bulan 4 pulak ada pesta buku antarabangsa…macam tahun2 yang lepas , gerai alaf 21 n karangkraf memang x lepas dr pengunjung….penuh sgt2..aku lak mcm biasa la jadi cashier…huhu…mencabar betul ….x putus dkt kaunter tu….beratur panjang…memang x menang tangan..huhu…pesta buku berlangsung dlm 10 hari….pendek kata penat …..tapi berbaloi..kalau panjang umur….jumpa lagi di pesta buku tahun depan..

Berbalik pada masa tadi…jangan sia-siakan masa yang ada, pastikan masa kita sentiasa terisi dengan perkara yang memberi kebaikan kepada kita. Kadang aku terfikir, alangkah seronoknya kalau masa dapat di putar balik…kita dapat betulkan balik kesilapan yang pernah kita buat.., tapi benda semua mustahilkan…n dengan masa yang ada hari ini..esok…dan akan datang..gunakan sebaik mungkin, rebut segala peluang yang ada, jangan biarkan masa kita yang akan datang terus kelam dan kusam..

( ” DEMI MASA!! SESUNGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN “)

PerMulaAn

•Disember 28, 2007 • 1 Komen

Bismillahirrahmanirrahim…..

Rasanya dah byk kali, aku nakwat blog ni…blog ni utk diri aku sdiri.. x kisahla ade org nk tgk ke , x de ker..aku nak cuba utk menulis. ( nak nengok ada bakat ker idak ) huhu..yelah..rasaya kalo nak tulis surat rasmi pun terkial2 …apatah lg nak tulis dkt blog ni… huhu,, tp x per akn ku cuba hingga aku jd ketagih… ( bkn ktagih dadah nih )  ketagih utk menulis  :-) )

Kenapa aku pilih nama blog aku, semutapi.. ?? Aku pilih nama ni sbb nya semut ni ada dinyatakn dlm Al-Quran ( surah Al-Naml ).Ia merupakan surah yang ke 27. Aku petik sikit mengenai ringkasan mengenai Surah Al-Naml ni….

‘ Ia merupakan satu surah yang memperkatakan mengenai ketinggian tamaddun.  Ia mununjukkan bahawa ‘ Ad-Din ‘ itu bukan sekadar ibadah semata-mata,. Umat Islam sepatutnya menjadi kesatuan umat yang tertinggi dari segi ilmu dan tamaddun. Ini kerana ketinggian ilmu itulah menjadi faktor kecemerlangan sebagaimana yang terjadi pada zaman keemasan Islam satu ketika dahulu sehingga Islam tersebar ke serata pelosok dunia dari timur sehingga ke Sepanyol di sebelah barat melalui ilmu dan gambaran ad-Din yang indah.

Dalam surah ini terdapat satu pelan yang mantap untuk membina sesuatu institusi atau umat yang unggul dan cemerlang melalui kisah NAbi  Sulaiman A.S  bersama Ratu Balqis.  Selain itu surah ini dinamakan dengan surah Al-Naml yang bererti ’semut ‘kerana surah ini membuktikan bahawa semut merupakan satu komuniti serangga yang berjaya dengan pelaksanaan dan perancangan yang tersusun serta mencapai kecemerlangan. Justeru itu, manusia yang telah dilengkapkan dengan akal fikiran dan kecerdikan sepatutnya berjaya lebih daripada itu.’

Tapi blog aku ni semutapi… so ape kaitan semut ngan semutapi kan…??  yang penting ia adalah dr spesis yang sama…macam kita manusia.. ada yang kulit putih, coklat, hitam manis., pastinya kita ni dr asal usul kejadian yang sama..sumernya dr Nabi Adam A.S, yg dijadikan dari tanah..

Berbalik pada semut td, aku rasa kita ptut mencontohi sikap tolong menolong dan kerjasama sesama mereka, di mana rasanya tak salah kalo aku katakan sikap kita sekarang ni lebih kepada ‘ kau kau,,aku aku…’ kemesraan yang terjalin sesama kita, samada sesama saudara apatah  lagi sesama jiran tetangga telah pudar.  Masing2 terlalu sibuk dengan urusan dunia yang x pernah surut.  Macamana kita nak bangkitkan kembali kesatuan dan kekuatan umat seandainya kita telah pun gagal untuk mengenali sesama kita  mahupun sesama jiran dengan lebih mesra…

Tepuk dada …tanya iman anda ….